Sunday, December 19, 2010

Malaysia mengamal dua parti secara tidak sengaja.

oleh sallehfauzi

Hari ini 19-Dec 2010 melihat dua makhluk menjadi pemimpin negara Malaysia. Satu ialah dipihak kerajaan dalam Barisan Nasinal ialah Datuk Seri Najib Tun Razak, sementaran satu lagi dipihak lawan (Pakatan Rakyat ) ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Itu tidak secara langsung Malaysia mengamalkan dua parti iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan nasional. Akan tetapi parti-parti itu bukan macam Amerika atau Britain, sebaliknya format parti itu berbentuk multi sama macam rakyat Malaysia itu sendiri yang multi-racial.




Antara dua parti itu yang manakah akan dipilih mejoriti untuk menjadi kerajaan, adalah tertakluk kepada isu. Barisan nasional membangkitkan isu melayu oleh Umno, isu India oleh MIC dan isu cina oleh MCA. Sementara pakatan rakyat tidak jelas dan kabur, kerana mereka sendiri kocar kacir dalam penentuan, tetapi meraka sangat bergantung kepada karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rakyat mengharap Barisan Nasional itu sebagai satu kerajaan yang berdaulat, yang mampu menjalankan pentadbiran dengan baik, yang mampu mengurus kewangan, dan yang mampu mengadakan projek-projek rezeki untuk anak-anak.

Rakyat melihat Pakatan Rakyat sebagai satu pakatan yang menimbulkan keraguan, yang mampu mengoncang kerajaan, yang mampu menumpaskan aktiviti rasuah, yang mampu membantah,, yang mampu menakutkan masa untuk anak-anak.

Barisan Nasional terutama Kementerian Dalam Negeri dan Polis itu sendiri macam takut mengambil tindakan kepada Pertubuhan Haram Hindraf. Pertubuhan Haram tersebut masih berani mengaku dan pemimpin mereka bebas membuat kenyataan. Lihat Malaysiakini . Sementara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna tidak mampu mengawal harga naik. Sementara Kementerian kewangan tidak mampu memabayar bonus kepada kakitangan awam.

Isu dalam Pakatan Rakyat lagi dahsyat seperti isu babi di Negeri Selangor. Isu tanah 999 tahun di Negeri Perak, isu maulidur Rasul dan meminggir penduduk di Pulau Pinang. Isu pemimpin bukan islam masuk masjid di Selangor. Walhal dalam Pakatan Rakyat itu sendiri terdapat Parti Islam (PAS).

Rakyat memerlukan perubahan, dan mengharap Pakatan Rakyat akan membawa mesej itu dalam Pilihanraya Umum nanti, tetapi harapan itu sangat menakutkan ibarat harapkan pagar, pagar makan padi.

Pakatan Rakyat telah diberi mandat memerintah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dalam PRU-12, tetapi mereka tidak menggunakan mandat itu dengan baik, malahan mencabar rakyat dengan macam-macam isu seperti isu ketuanan melayu, Isu songkok, isu kota bumiputra, isu bahasa, dan isu-isu lain yang banyak mengenai melayu sahaja. Mengapa soal melayu sahaja yang menjad isu?

Sebelum ini, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan parti itu meminta konsep ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah'

Perjuangan Pakatan Rakyat memang bagus, tetapi dalam menangai isu negara, mereka suka menyoal jawab melayu. Tektik yang jelas dan nampak ialah mereka membelasah UMNO dalam belbagai sudut. Walaupun melayu tidak semua menjadi UMNO, tetapi orang-orang melayu dalam PAS sekalipun tidak rela melayu dilaknat sebegitu rupa. Walaupun melayu itu bukan UMNO tetapi UMNO itu melayu.

Sebab itu dalam facebook dan Youtube telah wujud suara-suara dari individu tertentu melahir ketakutan kepada Pakatan Rakyat. Mereka bimbang dengan YB Khalid Samad yang menyumbang pembenaan kuil di Shah Alam, dan juga perangai pelik YB Mahfuz Omar. Belum lagi putar belit YB Lim Guan Eng dan YB Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng gamaknya macam Lee Kuan Yew merancang untuk berkuasa, Masa itu Lee Kuan Yew & PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa bangsa Melayu akhirnya diterajang. Lihat Melayu Singapore.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.